Sukan SEA: Ubaidullah, Alif Izwan dipanggil ke kem latihan Skuad B23 kebangsaan

KUALA LUMPUR, 21 November – Tonggak pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili, serta penyerang muda, Muhammad Alif Izwan Yuslan, antara 25 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Bawah 23 Tahun (B23) kebangsaan sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemanggilan 25 pemain untuk kem latihan pusat Skuad B23 sebagai persiapan Sukan SEA 2025 dan Kelayakan Piala Asia.
  • Latihan dikendalikan Mohd Nafuzi Zain, dengan 23 pemain akhir dipilih untuk beraksi di Songkhla, Thailand.
  • Skuad berada dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos; format kumpulan tentukan tempat ke separuh akhir.

Kedua-dua pemain itu turut berada dalam senarai skuad Harimau Malaya bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Selasa lalu.

Menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, kem latihan pusat pasukan bimbingan Mohd Nafuzi Zain itu dijadualkan bermula pada 25 November ini.

“Mohd Nafuzi dan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan B23 akan mengekalkan 23 pemain untuk dibawa ke temasya Sukan SEA di Songkhla pada 7 hingga 18 Disember dan bakal mengadakan dua perlawanan persahabatan tertutup sebelum berlepas ke Thailand,” menurut kenyataan itu.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Vietnam dan Laos. Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik layak ke separuh akhir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.