Sasaran pingat Sukan SEA diumum 3 Disember

KUALA LUMPUR, 21 November -Sasaran kutipan pingat kontinjen negara ke Sukan SEA 2025 di Thailand dijangka diumumkan pada 3 Disember ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran pingat kontinjen Sukan SEA 2025 akan diumumkan pada Majlis Penyerahan Bendera, 3 Disember.
  • Bengkel penetapan sasaran diadakan pada 29 November sebelum angka rasmi dimuktamadkan.
  • Skuad olahraga lebih besar dengan muka baharu, disasar membawa pulang pingat emas dan persediaan untuk SEA 2027.

Ketua Kontinjen Negara (CDM), Nurul Huda Abdullah berkata, pengumuman akan dibuat pada Majlis Penyerahan Bendera yang dijadualkan berlangsung pada tarikh sama.

Jelas beliau, bengkel penetapan sasaran akan diadakan pada 29 November sebelum angka rasmi dimuktamadkan.

“Buat masa ini, bengkel penetapan sasaran akan diadakan pada 29 November.

Secara tentatif, kita jadualkan Majlis Pelepasan Kontinjen dan Penyerahan Bendera pada 3 Disember dan pada ketika itu sasaran rasmi akan diumumkan,” katanya.

Nurul Huda berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi pertemuan bersama atlet olahraga kebangsaan, di sini.

Mengulas persediaan skuad olahraga, beliau menjelaskan penyertaan kali ini lebih besar, termasuk kehadiran beberapa muka baharu.

Penyertaan mereka juga dilihat sebagai persediaan awal menjelang Sukan SEA 2027.

Nurul Huda optimis pasukan olahraga mampu membawa pulang pingat emas pada edisi kali ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.