Real Madrid tewas mengejut di laman sendiri, Celta Vigo lakar kejutan di Bernabéu

MADRID, 8 Disember – Real Madrid dikejutkan dengan kekalahan 2-0 kepada Celta Vigo dalam aksi LaLiga di Estadio Santiago Bernabéu, sekali gus menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain dan tercicir empat mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Pemain gantian Williot Swedberg mencuri tumpuan dengan jaringan tumit pada minit ke-53 sebelum menambah gol kedua pada masa kecederaan bagi memastikan kemenangan pelawat.

Kesukaran Real bertambah apabila Fran Garcia dibuang padang pada minit ke-64 selepas dua kad kuning dalam tempoh seminit, disusuli Álvaro Carreras yang turut diarah keluar padang pada masa kecederaan.

0812 SKN LNR SOCCER SPAIN RMA CEL 2Foto REUTERS

Penjaga gol Celta, Ionut Radu, cemerlang menafikan beberapa percubaan termasuk tandukan Jude Bellingham dan sepakan percuma Kylian Mbappé, sekali gus membantu pasukannya mencatat rekod tanpa bolos kedua musim ini.

Kekalahan tersebut menamatkan rekod kemenangan 100 peratus Real di laman sendiri musim ini dan menyaksikan skuad Xabi Alonso hanya menang sekali dalam lima perlawanan liga terakhir, ketika mereka bersiap sedia menerima kunjungan Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!