Pembedahan lutut jejas harapan Neymar ke Piala Dunia

BRAZIL, 3 Disember– Bintang Brazil, Neymar bakal menjalani pembedahan lutut selepas bermain dalam keadaan menahan sakit untuk membantu Santos mencipta kemenangan 3-0 ke atas Cruzeiro pada Ahad.

Berita itu sekali gus menimbulkan lebih banyak keraguan mengenai peluangnya beraksi pada Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 33 tahun itu kembali ke kelab masa kecilnya pada Januari selepas meninggalkan liga Saudi, dan memainkan peranan besar dalam memastikan kelab tersebut kekal di saingan utama Brazil dengan menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan terakhir.

“Saya datang untuk ini, untuk bantu sebaik mungkin. Minggu-minggu ini sangat sukar,” kata Neymar, yang hanya bermain dalam 20 daripada 38 perlawanan liga musim ini.

“Saya berterima kasih kepada semua yang membantu saya bangkit. Jika bukan kerana mereka, saya tidak akan mampu bermain kerana kecederaan dan masalah lutut ini.

Saya perlu berehat dan kami akan lakukan pembedahan lutut.”

Neymar tidak menjelaskan jenis pembedahan mahupun tempoh pemulihan yang dijangka.

Pemain itu tidak beraksi bersama skuad kebangsaan Brazil selama dua tahun akibat siri kecederaan.

Pada Oktober lalu, ketua jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti, menegaskan Neymar perlu kembali cergas sepenuhnya sekiranya mahu dipertimbangkan untuk menyertai pasukan bagi Piala Dunia yang berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.