Alcarez menang percuma Terbuka ATP Cincinnati

CINCINNATI, 19 Ogos – Pemain tenis No. 2 dunia, Carlos Alcaraz merangkul gelaran ATP Terbuka Cincinnati selepas juara bertahan Jannik Sinner menarik diri kerana cedera seawal set pertama perlawanan.

Sinner menarik diri dengan membaling tuala ketika Alcaraz mendahului set pertama 5-0.

Menurut Sinner yang juga pemain No.1 dunia, dia mula berasa sakit sejak Ahad lalu dan keadaannya bertambah teruk hingga hari ini.

Juara Grand slam sebanyak empat kali itu bagaimanapun tidak mendedahkan jenis kecederaan yang dialaminya.

“Saya minta maaf kerana tewas. Dari semalam saya berasa sakit dan saya fikir kecederaan ini akan bertambah baik pada waktu malam, tetapi ia menjadi lebih teruk.

“Saya cuba beraksi dengan baik, tetapi saya tidak mampu bertahan lagi,” kata Sinner selepas perlawanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.