PRK KKB: SPRM lancar bilik gerakan

HULU SELANGOR, 27 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu.

Ini bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh PRK itu diadakan.

SPRM memaklumkan bilik gerakan SPRM bagi PRK berkenaan yang ditempatkan di SPRM Negeri Selangor, di Shah Alam beroperasi 24 jam bermula hari ini sehingga 11 Mei.

“Orang ramai boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel prk2024_sel@sprm.gov.my atau menghubungi talian 03-5528318 atau 03- 55256500,” kata SPRM menerusi kenyataan

Selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.