Warga industri televisyen tonggak penyampaian informasi, hiburan negara

KUALA LUMPUR, 21 November -Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan warga industri televisyen sebagai tulang belakang dalam menyampaikan pelbagai bentuk informasi dan hiburan kepada rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Warga industri televisyen diiktiraf sebagai tulang belakang penyampaian informasi dan hiburan kepada rakyat.
  • Peranan mereka merangkumi menyuarakan cerita serta mencerminkan realiti masyarakat melalui kandungan TV.
  • Penghargaan dan ucapan terima kasih disampaikan kepada semua penggiat TV sempena Hari Televisyen Sedunia.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penggiat industri berkenaan.

“Suara, cerita dan realiti. Terima kasih kepada semua warga TV yang menjadi tulang belakang kepada pelbagai bentuk informasi dan hiburan.

“Selamat Hari Televisyen Sedunia!,” katanya dalam kenyataan ringkas sempena sambutan itu menerusi hantaran di Facebook.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.