Tujuh negeri ribut petir sehingga 9 malam

KUALA LUMPUR, 15 November – Tujuh negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 9 malam ini, menurut amaran terbaharu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut kenyataan jabatan itu, kawasan terlibat ialah Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Di Perak iaitu Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang (Maran).

Di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), selain WP Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang terjejas ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Bagi Sarawak, amaran melibatkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu di Sabah, kawasan terlibat merangkumi Pedalaman; Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud); Tawau (Lahad Datu); Sandakan (Tongod); dan Kudat, manakala WP Labuan turut berada dalam zon amaran.

MetMalaysia memaklumkan bahawa amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.