
SERDANG, 29 Oktober – Selangor sedang giat menjalankan kajian dan dokumentasi bagi mewartakan seni fabrik telepuk sebagai warisan seni tekstil rasmi negeri.
- Selangor menjalankan kajian dan dokumentasi untuk mewartakan seni fabrik telepuk sebagai warisan rasmi negeri.
- Seni telepuk berasaskan benang emas merupakan elemen penting dalam kebudayaan istana dan adat Melayu Selangor.
- Proses pengiktirafan memerlukan kajian mendalam dan dokumentasi terperinci sebelum digazetkan.
- Penetapan rasmi dijangka dimuktamadkan tahun depan selepas mendapat justifikasi dan perincian diperlukan.
- Sekiranya lengkap, kerajaan negeri akan merasmikan dan mengumumkan pengiktirafan tersebut.
Seni tradisional berasaskan benang emas itu menjadi antara elemen penting dalam kebudayaan istana dan adat Melayu Selangor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia dijangka dimuktamadkan tahun depan susulan proses itu memerlukan kajian mendalam serta dokumentasi terperinci sebelum diangkat sebagai warisan yang diiktiraf.
“Kita sedang ambil masa ada melibatkan dokumentasi dan sebagainya, kelingkan belum lagi itu pun dalam kajian lagi niasalah kita memerlukan kajian yang kukuh dan juga memerlukan dokumentasi yang utuh.
“Jadi sebelum kita hantar untuk kita gazetkan dan sebagainya kita kena ada justifikasi kena ada perincian terhadap terhadap elemen elemen yang kita nak gazetkan. Ia ambil masa mungkin tahun depan kita akan dapat muktamadkan nanti. Sekiranya kita dah ada kita akan rasmikan dan kita maklumkan,” katanya.