RM300,000 disalur kepada IPD di Melaka

BUKIT BERUANG, 13 Disember – Melaka menyalurkan peruntukkan RM300,000 kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka untuk disalur kepada tiga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bantuan tersebut bagi membantu kebajikan anak-anak polis, bekas anggota serta anggota yang memerlukan.

“Sumbangan menjadi sumber kekuatan kepada kumpulan
sasar dalam bidang pendidikan dan ‘penawar’ buat mereka yang sedang diuji,”katanya ketika berucap dalam Program Jelajah Wira Madani Bantuan Khas Persekolahan untuk anak-anak warga IPK Melaka.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail yang menyampaikan Bantuan MADANI.
 
Pada program ini, 357 penerima bantuan persekolahan dan tiga pesara polis yang berdepan ujian kesihatan menerima Bantuan MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.