PM zahir dukacita atas pemergian bekas guru MCKK

KUALA LUMPUR, 30 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarhamah Rabiatul Adawiah @ Robeahtun Ahmad Damanhuri, bekas guru Bahasa Melayu beliau ketika menuntut di Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata allahyarhamah merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan sentiasa membimbing para pelajar dengan kasih, hikmah serta komitmen yang tinggi.

“Pemergian beliau meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga dan insan terdekat, tetapi juga kepada mereka yang pernah menerima tunjuk ajarnya.

“Budi dan didikan beliau kekal terpahat dalam perjalanan hidup serta kepimpinan saya hingga kini,” katanya.

Datuk Seri Anwar mendoakan agar roh allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarhamah dan berharap mereka diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.