KANGAR, 24 September– Perlis menerima peruntukan sebanyak RM57.2 juta bagi menangani impak akibat banjir kepada penduduk setempat di bawah Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi.
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC), Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata di bawah Rolling Plan Pertama hingga Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), JPS Perlis menerima peruntukan sebanyak RM127 juta bagi pelaksanaan 3 projek melibatkan tebatan banjir, pemulihan empangan dan sungai.
Menurut Tiong Sii, sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut dan mengurangkan impak kejadian banjir pada penghujung tahun ini, JPS turut meluluskan peruntukan kepada negeri perlis berjumlah RM2.5 juta bagi pelaksanaan kerja-kerja kecemasan luar jangka”, katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti” di Denai Larian Pengkalan Asam di sini.
Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan sambutan kali ini yang diserikan dengan pelbagai pengisian termasuklah Ekspedisi Sumber Air Negara, jualan produk tempatan di Pasar Terapung, menggagau ikan, pertandingan bot kawalan jauh, pameran dan pelbagai lagi.

(Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC),
Datuk Seri Huang Tiong Sii)