Pemandu lori maut dalam kemalangan motosikal di Kemaman

KEMAMAN, 24 Oktober – Seorang pemandu lori maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5, Jalan Mak Chili–Ibok, berhampiran persimpangan ke Taman Desa Solehah, Chukai, di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemandu lori maut di lokasi selepas motosikalnya dirempuh kereta di Kilometer 5, Jalan Mak Chili–Ibok.
  • Mangsa dikenali sebagai Amirul Faizal Kamaruzzaman, 38, dari Kampung Tempurong, Kemaman.
  • Kejadian berlaku apabila sebuah kereta membuat pusingan U dan dilanggar motosikal dari arah kiri.
  • Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman; kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.33 pagi itu, mangsa Amirul Faizal Kamaruzzaman, 38, dari Kampung Tempurong, Kemaman, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai dalam perjalanan dari Kampung Mak Chili ke Kampung Ibok.

Siasatan awal mendapati sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun dari Desa Solehah, Mak Chili menuju ke Bukit, dikatakan membuat pusingan U di persimpangan berkenaan sebelum dirempuh motosikal mangsa dari arah kiri jalan.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.