METMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan terhadap beberapa negeri

KUALA LUMPUR, 21 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) terhadap beberapa negeri di Semenanjung.

RINGKASAN BERITA AI
  • METMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan (waspada) untuk beberapa negeri Semenanjung hingga tarikh ditetapkan.
  • Amaran sehingga 24 November melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan kawasan Perak tertentu.
  • Amaran sehingga 26 November dikeluarkan untuk negeri Kelantan dan Terengganu.
  • Orang ramai diminta berjaga‑jaga, ikuti kemas kini cuaca melalui myCuaca, laman METMalaysia dan hotline 1-300-22-1638.

Ketua Pengarah METMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata amaran sehingga 24 November melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar).

“Amaran sehingga 26 November turut dikeluarkan bagi negeri Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan cuaca ketika ini memerlukan orang ramai lebih berwaspada memandangkan hujan berterusan berpotensi membawa risiko banjir kilat, kenaikan paras air sungai serta tanah runtuh di kawasan tertentu,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa mengikuti perkembangan terkini cuaca melalui laman web rasmi METMalaysia, aplikasi myCuaca, serta platform media sosial rasmi jabatan itu.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline METMalaysia 1-300-22-1638.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.