LINDUNG Kendiri sediakan perlindungan bencana pekerjaan kepada pekerja gig

KUALA LUMPUR, 15 Disember – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyediakan perlindungan insurans kepada pekerja gig di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) bagi terus membela kebajikan golongan tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata insurans yang dikenali ‘LINDUNG Kendiri’ bagi memberikan perlindungan kepada pekerja gig dari bencana pekerjaan sendiri termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan perjalanan sewaktu menjalankan aktiviti pekerjaan sendiri.

“Setakat 28 November 2025, bilangan Orang Bekerja Sendiri yang berdaftar dan mencarum secara aktif di bawah LINDUNG Kendiri adalah seramai 860,016 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 298,939 orang terlibat dalam sektor gig,” katanya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Senator Dr. Lingeshwaran berhubung kajian Skim Insurans Pekerjaan (SIP) untuk pekerja gig dan perancangan kementerian melaksanakannya pada tahun hadapan jika mendapat pertimbangan sewajarnya di Dewan Negara.

Mengulas mengenai SIP, katanya setakat ini kementerian belum memperluaskan SIP kepada pekerja gig.

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.