Liew Chin Tong mulakan tugas Timbalan Menteri Kewangan ll

PUTRAJAYA 17, Disember – Timbalan Menteri Kewangan ll, Liew Chin Tong melapor diri dan memulakan tugas rasmi di Kementerian Kewangan, pada Rabu.

Dalam sesi ‘clock in’ (waktu masuk) tersebut, beliau menerima taklimat awal berhubung fungsi kementerian, hala tuju dasar fiskal serta keutamaan semasa kerajaan.

Beliau menggantikan Lim Hui Ying yang bertukar portfolio ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dalam rombakan kabinet pada Selasa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta aktif dalam penggubalan dasar ekonomi dan pembangunan industri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.