Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat rekod bacaan IPU tidak sihat

(FOTO JAS)

KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan tiga kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin iaitu 156 manakala Pasir Gudang dengan 152 dan Batu Pahat, 122.

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.


(FOTO HIASAN)

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.