SEREMBAN, 7 Disember – Negeri Sembilan sedia menerima kehadiran pengunjung sepanjang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata persiapan rapi dilaksana termasuk pembangunan infrastruktur, pemulihan pantai serta pengukuhan ekopelancongan.
“Penganjuran ‘Jom Teghojah Nismilan’ dijangka menarik kehadiran 25 juta pengunjung dalam dan luar negara.
“Pelbagai program, fasiliti baharu juga kekuatan adat dan budaya Negeri Sembilan berupaya memberi impak besar kepada ekonomi negeri selain memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pilihan pelancongan,”katanya pada Majlis Pelacaran Jom Teghojah Nismilan.