Jenazah Tun Abdullah tiba di Masjid Negara untuk penghormatan terakhir

KUALA LUMPUR, 15 April – Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi tiba di Dewan Solat Utama Masjid Negara, kira-kira pukul 9.40 pagi tadi.

Tinjauan RTM turut menyaksikan suasana pilu menyelubungi keluarga dan kenalan allahyarham di Masjid Negara.

Ketika ini bacaan ayat suci Al-Quran turut diperdengarkan pada sesi penghormatan terakhir allahyarham.

Lebih 500 orang awam mula hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang bermula pukul 10.00 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.