Istiqomah baca dan hayati Al-Quran

PUTRAJAYA, 24 Mac – Budaya membaca Al-Quran dan menghayatinya perlu diteruskan meskipun Ramadan berlalu bagi meraih ganjaran pahala berpanjangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, membaca Al-Quran ia dapat mengingatkan umat Islam tentang kebesaran Allah SWT dan mengajar kewajipan sentiasa mensyukuri nikmatNya..

“Khatam Al-Quran itu tidak bererti kita berhenti membacanya. Pembacaan dan pembudayaan menghayati Al-Quran itu perlu diteruskan. Majlis hari ni pun mengingatkan kita tentang rakan-rakan kita di bumi Palestin,” kata Sirajuddin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAKIM tahun ini, di sini.

Bertemakan warna kuning, hampir 300 warga JAKIM daripada 24 bahagian telah terlibat dalam program itu sepanjang bulan yang mulia ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.