Geran tahunan: Jumlah KRT layak masih rendah di Perlis

KANGAR, 8 Disember – Kegagalan mencapai Petunjuk Prestasi Utama ditetapkan serta tidak aktif melaksanakan program bersama komuniti menyebabkan jumlah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri berkenaan yang layak menerima geran tahunan masih rendah.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Perlis, Hanita Ahmad memaklumkan hanya 64 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada 143 KRT di Perlis layak menerima geran tahunan berjumlah RM6,000 bagi menggerakkan pelbagai aktiviti disetiap KRT.

Hasnita turut mengharapkan agar KRT di negeri itu untuk terus proaktif menggerakkan komuniti masing-masing.

” Bagi tahun 2026 nanti, setiap pengurusan KRT termasuk yang baharu ditubuhkan iaitu KRT Taman Utama dan KRT Kampung Abi diharap lebih proaktif menggerakkan komuniti masing-masing, melaksanakan mesyuarat berkala dan memantapkan pengurusan kewangan bagi menerima manfaat geran tahunan yang disediakan,” katanya demikian pada Perasmian Penutup Program KRT Madani Rakyat Disantuni di Dewan Orang Ramai, Taman Kemajuan di sini.

Pada program berkenaan, seramai 20 penduduk terjejas banjir di Taman Kemajuan turut menerima sumbangan pek makanan.

Sebanyak tiga KRT di Perlis terpilih menerima dana khas di bawah Program KRT Madani Rakyat Disantuni bernilai RM5,000 hingga RM10,000.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.