Fenomena air pasang besar, JBPM teruskan pemantauan

KEMAMAN, 7 Disember – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) meneruskan pemantauan berterusan di daerah ini susulan fenomena air pasang besar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman, Penolong Penguasa Bomba Mohd Ridzuan Ismail memaklumkan kesiapsiagaan itu berikutan beberapa kampung dinaiki air sehingga 0.3 meter, malam tadi.

“Daerah Kemaman mencatatkan bacaan tertinggi air pasang besar iaitu 3.70 meter sekaligus mengakibatkan lima kampung, dinaiki air, masing-masing Kampung Bakau Tinggi, Kampung Geliga Jambatan, Kampung Kuala Kemaman, Kampung Pengkalan Cicar dan Pulau Sekepeng.

“Jalan yang menghubungkan Kampung Bakau Tinggi dengan Bandar Chukai yang dinaiki air telah ditutup kepada kenderaan kecil,” katanya ketika membuat pemantauan bersama-sama pasukannya di Kampung Bakau Tinggi.

Fenomena air pasang besar sekitar daerah Kemaman bermula sekitar pukul 10.30 malam dan kemuncaknya kira-kira pukul 12.00 tengah malam tadi.

Dijangkakan, 41 kampung berhampiran 12 muara sungai di Terengganu dinaiki air susulan fenomena air pasang besar sehingga Selasa ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.