Enam penghuni sehelai sepinggang rumah musnah terbakar di Limbang

LIMBANG, 21 November – Enam penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Buang Abai, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota JBPM Sarawak dari BBP Limbang dikerahkan ke lokasi kebakaran.
  • Panggilan kecemasan diterima pada 9.56 pagi.
  • Operasi pemadaman berjaya dan kebakaran dipadam sepenuhnya.
  • Tiada penghuni dilaporkan cedera dalam insiden itu.
  • Operasi ditamatkan pada pukul 11.00 pagi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira 14 kilometer dari balai.

“Pasukan menerima panggilan kecemasan diterima pada 9.56 pagi tadi.

“Pasukan operasi berjaya memadamkan kebakaran sepenuhnya dan mengesahkan tiada penghuni cedera dalam insiden berkenaan.

Operasi ditamatkan pada 11 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.