KUALA LUMPUR, 17 November – Enam negeri dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 4 petang hari ini, menurut amaran cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataannya, MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
Bagi Perak, kawasan yang terjejas ialah Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; Batang Padang; dan Muallim.
Di Selangor, amaran melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat; manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
Seluruh Melaka turut berada dalam kawasan amaran.
Di Johor, kawasan yang dijangka terjejas ialah Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Kulai dan Johor Bahru.
Bagi Sabah, amaran meliputi kawasan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda kejadian ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku dalam tempoh melebihi sejam.
Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.