KUCHING, 7 Disember – Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang yang dilaporkan hilang sejak pagi Sabtu di Kampung Pasir Pandak, dekat Santubong, berjaya ditemukan pagi tadi dalam keadaan selamat.
Mangsa, Humaira Qalesya Mohd Dir dan Nur Ashafieya Aisyah Abd Nasri Asrafie, yang berasal dari alamat sama di Kampung Pasir Pandak, dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumah nenek mereka.
Menurut Wakil Ketua Polis Daerah Kuching, DSP Zamry Ali, kedua-dua bersaudara itu ditemui dalam keadaan selamat tetapi kesejukan di atas sebuah batu.
“Jangan biarkan anak-anak bermain di dalam parit. Walaupun airnya cetek, alirannya deras dan berbahaya. Jangan tunggu sehingga berlaku musibah,” katanya.
Operasi hari kedua yang berlangsung kurang dua jam itu dihentikan serta-merta selepas penemuan terbabit.
Semalam, Humaira dan NurAshafieya dilaporkan hilang selepas keluar bermain sejak awal pagi.
Susulan itu lebih 70 penduduk kampung telah melancarkan operasi mengesan sebelum meminta pasukan bomba dan polis.
Kedua kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital umum Sarawak untuk rawatan lanjut.