KOTA KINABALU, 27 September – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited bagi meningkatkan peluang dan penyertaan Wanita dalam pembangunan ekonomi.
- Mengukuhkan ekosistem sokongan untuk penglibatan wanita dalam ekonomi melalui inisiatif berfokus.
- Menyediakan akses latihan dan pembangunan kapasiti, termasuk program Penjanaan Pendapatan Wanita (Wejana).
- Menekankan ekonomi penjagaan sebagai fokus utama bagi penjanaan ekonomi wanita.
- Memenuhi permintaan pasaran untuk mengatasi kekurangan peluang pekerjaan bagi wanita.
- KPWKM komited meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu termasuk menyediakan ekosistem yang mampu menyokong penglibatan wanita dalam ekonomi.
Ini termasuk penyediaan akses kepada latihan dan pembangunan kapasiti seperti program Penjanaan Pendapatan Wanita (Wejana).
“Fokus kita lebih kepada penjanaan ekonomi iaitu ekonomi penjagaan.
“Kita ingin penuhi pasaran, sebab kita tahu di luar tiada siapa yang ingin beri (golongan wanita ) pekerjaan”, kata Nancy yang ditemui pemberita selepas merasmikan Wejana 2023 di sini pada Selasa.
(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)