26 lebuh raya kini laksana sistem pembayaran tol terbuka

KUALA LUMPUR,  17 November – 26 lebuh raya kini menggunakan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT), melibatkan penggunaan kad bank dan kad prabayar.

RINGKASAN BERITA AI
  • 26 lebuh raya kini menggunakan Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka (SPT) dengan kad bank dan kad prabayar.
  • Kerajaan dan LLM menerima cadangan PLUS kembangkan SPT kepada lebuh raya sistem tol tertutup.
  • PLUS mencadangkan ANPR dipautkan kepada aplikasi JustGo untuk pembayaran tol automatik tanpa sentuhan.
  • KKR dan LLM tetapkan parameter ujian rintis: keupayaan ANPR, kelajuan transaksi, keselamatan data, ketelusan JustGo.
  • Pelaksanaan MLFF kekal inisiatif utama untuk kurangkan kesesakan dan keperluan tambah lorong tol.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menerima cadangan daripada PLUS untuk memperluaskan sistem SPT kepada lebuh raya sistem tol tertutup.

PLUS juga mencadangkan penggunaan teknologi pengecaman nombor plat automatik (ANPR) yang dipautkan kepada aplikasi JustGo bagi membolehkan pembayaran tol dilakukan secara automatik dan digital tanpa sentuhan.

“Cadangan SPT menggunakan ANPR membolehkan nombor plat kenderaan penggunadi lebuhraya sistem tol tertutup dikenalpasti secara automatik dan bayaran tol dibuat secara digital melalui aplikasi. Cadangan inilah selaras dengan hala tuju ke arah transformasi digital,”  kata beliau ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan alam sesi Dewan Rakyat hari ini.

KKR dan LLM turut menetapkan beberapa parameter penilaian sebelum ujian rintis awam dimulakan, termasuk memastikan keupayaan tinggi ANPR, kelajuan transaksi, keselamatan data dan ketelusan aplikasi JustGo.

Pada masa sama, Datuk Seri Dr. Ahmad menegaskan bahawa pelaksanaan sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) kekal menjadi inisiatif utama kerajaan.

Sistem MLFF, katanya, mampu menngurangkan kesesakan termasuk di titik sempit (bottleneck) dan mengurangkan keperluan menambah lorong tol memandangkan kawasan plaza adalah terhad.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.