218 PATI warga Indonesia dihantar pulang

KOTA KINABALU, 17 Disember – Seramai 218 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Indonesia dihantar pulang menerusi Program Pemindahan pada Selasa.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran tersebut melibatkan 184 lelaki, 24 wanita dan 10 kanak-kanak, berumur antara satu hingga 80 tahun.

Jelas beliau, semua PATI yang ditahan di Depot Imigresen Tawau dipindahkan menggunakan pengangkutan laut dari Terminal Feri Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

Sehingga kini, seramai 2,375 tahanan warganegara Indonesia telah dihantar pulang, menjadikan jumlah keseluruhan 10,431 orang dipindahkan ke negara asal melalui pengangkutan laut dan udara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.