SUNGAI PETANI, 8 Disember – Seorang individu berusia 30-an ditahan selepas disyaki mengugut jirannya menggunakan senjata api.
Tindakan suspek terhadap warga emas berkenaan, dilakukan di sebuah taman perumahan di Bandar Laguna Merbok, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan ketika mengesahkan kes berkenaan memaklumkan, suspek telah ditahan.
“Polis menerima laporan mengenai kes berkenaan yang memberitahu mengenai ugutan bunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol terhadap jirannya.
“Serbuan telah dibuat di lokasi dan bahan kes (senjata) telah dirampas.
“Siasatan dijalankan bagi memastikan status pemilikan senjata api berkenaan,”katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.