Guru mengaku tidak bersalah tuduhan cubaan bunuh isteri

BALIK PULAU, 4 Disember – Seorang guru mengaku tidak bersalah atas tuduhan cubaan membunuh isteri, pada Ogos lepas, di Sungai Ara.

Tertuduh, Muhammad Nazmi Izzuddin Muhamad Zubairi, 30 tahun, membuat pengakuan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Tertuduh didakwa cuba membunuh Hanis Sofea Hamdan, 28 tahun, menggunakan sebilah pisau di rumah mereka di Taman Tunas Muda, Sungai Ara, pada 27 Ogos.

Guru berkenaan, didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amirah Shahidani, manakala tertuduh diwakili Peguam, Muhaimin Hashim

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 serta syarat tambahan iaitu wajib melapor diri sekali sebulan di balai polis, menyerahkan pasport serta dilarang mengganggu mangsa atau mana-mana saksi pendakwaan.

6 Januari 2026, ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.