Dua pelajar IPG ditemukan lemas

SETIU, 14 November – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus ditemukan lemas, selepas dipercayai tergelincir di Sungai Pelong.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua pelajar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail ditemukan lemas di Sungai Pelong.
  • Muhammad Hazmi cuba menyelamatkan Adam Arief tetapi turut lemas kerana air berpusar.
  • Mayat kedua-duanya ditemukan — Muhammad Hazmi terlebih dahulu, Adam Arief 50 minit kemudian.
  • Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat; mereka sebahagian daripada 24 pelajar program sungai.

Identiti mangsa yang masing-masing berusia 19 tahun, disahkan sebagai Muhammad Hazmi Othman dan Adam Arief Jazlansanadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superitendan Mohd Zain Dris berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi, Muhammad Hazmi cuba menyelamatkan rakannya, Adam Arief yang lemas dipercayai tergelincir.

“Bagaimanapun, Muhammad Hazmi yang cuba menyelamatkan Adam Arief juga lemas kerana air berpusar.

“Mayat Muhammad Hazmi ditemukan penduduk kampung diikuti mayat Adam Arief yang ditemukan 50 minit kemudian.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat.

Kedua-dua mangsa merupakan sebahagian 24 pelajar IPG yang sedang melakukan program di sungai berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.