Cubaan seludup hampir 7 kg dadah gagal, warga asing didakwa

KUALA LUMPUR, 17 November – Jabatan Kastam berjaya menggagalkan cubaan menyeludup hampir 7 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terminal 2.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rampasan hampir 7 kg dadah jenis ketamin di KLIA Terminal 2 hasil operasi Jabatan Kastam.
  • Suspek warga China ditahan selepas imbasan bagasi menunjukkan kecurigaan pada 28 Oktober.
  • Dadah ditemui dalam beberapa bungkusan plastik lutsinar di dua beg dalam ruang simpanan rahsia.
  • Perkara disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh didakwa di mahkamah.
  • Jika sabit kesalahan, hukuman termasuk mati atau penjara seumur hidup serta sebatan; orang awam diminta melapor aktiviti mencurigakan.

Jabatan Kastam dalam kenyataan memaklumkan, barang terlarang itu dirampas selepas pihaknya bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menahan seorang warga China setelah imbasan bagasinya mencurigakan pada 28 Oktober lalu.

“Hasil pemeriksaan, beberapa bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi serbuk disyaki dadah ditemui dalam dua beg yang tersorok di ruang simpanan rahsia,” jelas kenyataan itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tertuduh telah didakwa di mahkamah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan.

Jabatan Kastam menyeru orang awam untuk bekerjasama memerangi penyeludupan dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.