2 wanita Filipina mengaku bersalah miliki kad pengenalan palsu

JOHOR BAHRU, 11 Disember – Dua warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu di Johor Bahru, pada Isnin lalu.

Janida Daimun, 53 tahun, dan Nuraina Asmawil, 33 tahun, memuat pengakuan itu dihadapan Majistret A. Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, Janida yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa dengan pengetahuan dan tanpa kuasa sah, memiliki dua kad pengenalan palsu, atas nama satu individu.

Manakala Nuraina sebagai penyelia kepada Janida, didakwa dengan pengetahuan dan tanpa kuasa sah, memiliki kad pengenalan palsu atas dua individu.

Mahkamah mengenakan denda lima ribu ringgit kepada setiap tertuduh dan penjara enam bulan jika gagal bayar.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara Noor Aliyah Yaacob, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959.

Manakala tertuduh diwakili Peguam Norasyikin Md Jabarulla.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.