JOHOR BAHRU, 12 Disember – Hasil Johor dijangka mencecah RM2.6 billion menjelang akhir tahun ini, sekali gus mengatasi sasaran awal RM2 billion.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, setakat bulan lepas, hasil negeri berada pada landasan tepat dengan rekod RM2.5 billion.
“Inisiatif Zon Ekonomi Khas- Johor Singapura (JS-SEZ) diyakini menjadi antara pemangkin utama prestasi berkenaan.
“Melihat kepada petunjuk positif ini, kerajaan negeri menyasarkan RM3 bilion hasil negeri akan dicapai tahun depan”katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor-Insentif Pengamal Media di Kediaman Rasmi Menteri Besar.
53 pengamal media menerima insentif itu dan selebihnya pada 15 Disember ini.