Syria tahan lima suspek susulan serangan terhadap Tentera AS

DAMSYIK, 15 Disember – Syria menahan lima individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tembakan terhadap tentera Amerika Syarikat (AS) dan tentera Syria di bandar Palmyra pada Sabtu, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri pada Ahad.

Serangan itu mengorbankan dua anggota tentera AS dan seorang jurubahasa awam selepas penyerang mensasarkan konvoi tentera Amerika dan Syria sebelum ditembak mati.

Kementerian Dalam Negeri Syria menyifatkan penyerang sebagai anggota keselamatan Syria yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan Islamic State (IS).

“Unit kami telah melaksanakan operasi keselamatan yang tepat dan tegas di bandar Palmyra, susulan serangan pengecut oleh seorang individu yang berafiliasi dengan IS,” menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Syria.

Insiden tersebut berlaku hanya sebulan selepas Syria mengumumkan perjanjian kerjasama politik dengan gabungan pimpinan AS menentang IS, yang bertepatan dengan lawatan Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa, ke White House.-REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.