Serangan Pantai Bondi : 16 terbunuh, 40 cedera

SYDNEY, 15 Disember – Enam belas orang maut manakala sekurang-kurangnya 40 lagi cedera dalam insiden tembakan di Pantai Bondi, Australia, menurut polis pada awal Isnin.

“Polis mengesahkan 16 orang maut dan 40 orang masih menerima rawatan di hospital susulan insiden tembakan di Bondi semalam,” menurut kenyataan polis New South Wales di laman X.

Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyatakan sama ada angka korban itu termasuk seorang daripada penembak yang meninggal dunia dalam serangan tersebut.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.