Serangan Israel ragut 58 lagi nyawa di Gaza

GAZA, 5 Julai– Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.

Jumlah itu sekali gus menjadikan angka kematian melonjak kepada 38,111 orang manakala lebih 87,000 lagi cedera.

Sementara itu, kira-kira dua juta rakyat Palestin di Gaza kini berdepan risiko penularan penyakit kulit.

Ancaman kesihatan baharu itu, susulan pengumpulan air kumbahan antara kem-kem serta kekurangan bekalan barangan kebersihan.

Lebih membimbangkan apabila kekurangan bekalan kesihatan, memburukkan lagi komplikasi mereka dijangkiti.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.