Salji nipis selimuti Lille, udara sejuk kutub landa Perancis

LILLE, 21 November – Salji nipis menyelimuti laluan pejalan kaki dan bumbung bangunan di sini pada Jumaat, selepas udara sejuk kutub mula bergerak ke Perancis sejak Isnin (17 November).

Ia dibawa aliran angin dari utara yang berkait dengan sistem tekanan rendah di Laut Utara, sekali gus membawa udara lebih sejuk berbanding awal minggu, menurut agensi cuaca Meteo France.

Udara kutub yang sarat lembapan itu menyebabkan berlakunya hujan salji termasuk di kawasan tanah rendah seperti Lille.

Menurut Meteo France hujan salji di kawasan beraltitud rendah dan dataran turut dijangka berlaku di wilayah timur-tengah, khususnya di jabatan Jura, Ain, Isere dan Savoie manakala hujan musim sejuk dijangka di kawasan berhampiran Selat Inggeris.

Pada Sabtu (22 November) dijangka menjadi hari paling sejuk dalam minggu ini, dengan suhu di Paris diramalkan mencecah -1 darjah Celsius, manakala suhu di Nancy di timur Perancis dijangka turun sehingga -6 darjah Celsius.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.