BANGKOK, 11 Disember – Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, telah memberi bayangan untuk membubarkan parlimen lebih awal bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum yang baharu.
Menerusi catatan Facebooknya pada malam Khamis, Anutin menyatakan “Saya mengembalikan kuasa kepada rakyat.”
Beberapa media tempatan Thailand melaporkan bahawa Anutin telah pun mengemukakan titah diraja untuk pembubaran parlimen bagi mendapatkan sokongan diraja petang Khamis.
Di bawah perlembagaan negara itu, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 45 hingga 60 hari sekiranya pembubaran diluluskan.
Anutin sebelum ini berkata beliau merancang membubarkan parlimen menjelang akhir Januari, dengan pilihan raya umum dijangka berlangsung pada Mac atau awal April. Langkah terbaharu ini dijangka mempercepatkan garis masa tersebut.-REUTERS