Pelan damai: Zelenskiy sifatkan perbincangan dengan wakil AS “konstruktif”

UKRAINE, 8 Disember -Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy menyifatkan rundingan terbaharu dengan wakil Amerika Syarikat (AS) mengenai pelan damai Ukraine sebagai “konstruktif tetapi tidak mudah”.

Zelenskiy berkata, beliau mengadakan perbualan dengan utusan khas Presiden AS Donald Trump, Steven Witkoff, serta Jared Kushner pada Sabtu.

“Mereka memahami pendirian asas Ukraine. Perbincangan berjalan secara konstruktif, walaupun tidak mudah,” katanya menerusi satu video.

Menurut Zelenskiy, beberapa aspek penting hanya boleh dibincangkan secara bersemuka.

Beliau memaklumkan Menteri Pertahanan, Rustem Umerov dan Ketua Turus, Oleksandr Hnatov akan memberikan laporan lanjut sebelum siri mesyuarat bersama pemimpin Eropah.

Zelenskiy dijangka bertemu Presiden Perancis, Emmanuel Macron serta Perdana Menteri Britain dan Canselor Jerman pada Isnin di London, sebelum meneruskan konsultasi di Brussels.

Beliau menegaskan rundingan dengan AS dan negara Eropah kekal penting dalam merangka hala tuju baharu usaha keamanan Ukraine. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.