SHANGHAI, 21 November – Pemimpin logistik global, Maersk, merasmikan gudang benderanya yang terbesar melibatkan pelaburan lebih satu bilion yuan, sekali gus, menegaskan keyakinan syarikat terhadap peranan China dalam peralihan hijau global dan masa depan logistik.
- Maersk merasmikan gudang terbesar di China dengan kemudahan moden untuk import, eksport, borong dan e-dagang.
- Lokasi strategik berhampiran pelabuhan terbesar dunia meningkatkan kecekapan logistik dan sambungan global.
- Penekanan pada peranan China dalam pembekalan tenaga hijau, termasuk metanol untuk armada kapal hijau Maersk.
- Gabungan stor bebas kastam dan bukan bebas kastam menawarkan fleksibiliti tinggi untuk pengurusan inventori pelanggan.
Fasiliti di Yangshan Special Comprehensive Bonded Zone itu meliputi 113,000 meter persegi dengan ruang penyimpanan 147,000 meter persegi, menjadikannya projek gudang terbesar Maersk di China.
Ketua Pegawai Eksekutif Maersk, Vincent Clerc berkata, lokasi strategik berhampiran pelabuhan terbesar dunia membolehkan syarikat menawarkan infrastruktur moden antaranya untuk import, eksport, borong dan e-dagang dalam satu fasiliti.
Beliau turut menyatakan kepentingan China dalam pembangunan tenaga hijau, termasuk pembekalan metanol untuk armada kapal metanol hijau Maersk.
Gabungan stor bebas kastam dan bukan bebas kastam memberikan fleksibiliti tinggi kepada pelanggan untuk mengurus inventori secara lebih tangkas, terutama ketika ketidaktentuan perdagangan global.- REUTERS