Lima maut dalam serangan Rusia di Zaporizhzhia

ZAPORIZHZHIA, 21 November – Lima orang terkorban manakala tiga lagi cedera dalam serangan Rusia di bandar Zaporizhzhia di tenggara Ukraine lewat Khamis.

Menurut Gabenor Wilayah, Ivan Fedorov, beliau sebelum ini telah mengeluarkan amaran mengenai serangan yang dijangka dilancarkan menggunakan bom berpandu Rusia.

Pasukan kecemasan dikerah bagi memadam kebakaran serta memindahkan orang awam yang cedera.Pasukan kecemasan dikerah bagi memadam kebakaran serta memindahkan orang awam yang cedera.

Hampir empat tahun selepas Presiden Vladimir Putin menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine, pasukan Rusia dilaporkan terus mara dan kini menguasai kira-kira 19 peratus wilayah Ukraine.

Moscow mendakwa empat wilayah terbabit kini menjadi sebahagian daripada Rusia secara sah, namun Ukraine dan kuasa-kuasa Barat tetap menegaskan mereka tidak akan mengiktiraf tuntutan itu.

Pada Jun 2024, Putin menetapkan syarat utama untuk menghentikan pencerobohan, termasuk menuntut Kyiv menggugurkan hasrat menyertai Pakatan Pertahanan Atlantik Utara (NATO) yang diterajui Amerika Syarikat, serta menarik balik semua anggota tentera dari empat wilayah yang didakwa Russia sebagai haknya. -REUTERS

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.