Konflik Israel-Palestin: 31,819 penduduk Palestin terkorban

GAZA, 19 Mac– Sekurang-kurangnya 31,819 penduduk Palestin terbunuh di wilayah itu sepanjang tempoh peperangan antara Israel dan Palestin, sejak lebih lima bulan lalu. 

Mangsa yang terkorban kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak

Kementerian Kesihatan menerusi kenyataan berkata angka terbaharu termasuk sekurang-kurangnya 93 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Tambah kenyataan itu, seramai 73,934 orang mengalami kecederaan di Gaza sejak konflik Israel-Palestin pada Oktober tahun lalu.-AFP

Share
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.