Kebocoran data, ibu pejabat Coupang diserbu

SEOUL, 10 Disember – Polis Korea Selatan menyerbu ibu pejabat Coupang di sini pada Selasa (9 Disember) selepas firma e-dagang itu mengalami kebocoran data terburuk di negara itu dalam beberapa tahun.

Agensi Berita Yonhap melaporkan kebocoran tersebut – mengakibatkan data peribadi kira-kira 33 juta pelanggan Coupang terdedah – mendedahkan nama, alamat e-mel, nombor telefon, alamat penghantaran dan sejarah pesanan tertentu pelanggan, tetapi tidak termasuk butiran pembayaran atau kelayakan log masuk.

Pada Rabu (10 Disember), Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas jika mendapati sebarang pelanggaran undang-undang dilakukan Coupang.

Syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran pantas ‘Rocket’ itu digunakan secara meluas kira-kira 24.7 juta pengguna komersial aktif pada suku ketiga tahun ini.

Bagaimanapun pihak Coupang dan jurucakap polis Seoul tidak memberikan sebarang respons terhadap perkara berkenaan.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.