TEXAS, 17 November – Kebakaran besar tercetus di sebuah loji janakuasa yang telah tidak beroperasi di Texas pada Ahad, memaksa pasukan bomba dari beberapa bandar berhampiran dikerahkan bagi mengawal api yang marak sejak awal pagi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kebakaran besar melanda loji janakuasa terbiar di Texas, memaksa pasukan bomba beberapa bandar dikerahkan.
- Punca kebakaran belum dikenal pasti dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
- Asap hitam meliputi kawasan; amaran keselamatan dikeluarkan, namun pemantauan udara menunjukkan kualiti udara selamat.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti dan tiada kecederaan dilaporkan.
Asap tebal berwarna hitam dilihat menyelubungi kawasan sekitar, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan amaran keselamatan kepada penduduk berhampiran.
Bagaimanapun, pemantauan udara yang dijalankan kemudian menunjukkan keadaan kualiti udara berada pada tahap selamat. -REUTERS