IMF lancar pusat serantau di Shanghai

SHANGHAI, 8 Disember – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin secara rasmi memulakan operasi pusat serantaunya di Shanghai, China, dengan ahli ekonomi IMF, Johannes Wiegand, dilantik sebagai pengarah pusat tersebut.

Menurut kenyataan IMF, penubuhan IMF Shanghai Center sebagai salah satu daripada rangkaian pusat serantau di seluruh dunia dijangka memperkukuh penglibatan organisasi itu dengan negara-negara di rantau Asia-Pasifik.

Pusat baharu itu akan berperanan sebagai hab penyelidikan dan perkongsian ilmu bagi menyokong dasar-dasar berkaitan negara pasaran sedang pesat membangun serta negara berpendapatan sederhana.

Selain itu, pusat berkenaan turut bertujuan memperdalam dialog dan memperluas libat urus bersama negara anggota, institusi serantau serta pelbagai pihak berkepentingan di rantau tersebut. -REUTERS

Hey there! Ask me anything!