Hizbullah lancar roket Katyusha ke pangkalan Israel

BEIRUT, 20 September- Hizbullah mendakwa telah melancarkan roket Katyusha ke atas sekurang-kurangnya enam ibu pejabat tentera dan pangkalan Israel, hari ini.

Serangan berkenaan termasuk sebuah pangkalan pertahanan udara utama.

Menerusi kenyataan, kumpulan tersebut mendakwa ia sebagai tindak balas terhadap serangan Israel yang menggunakan peranti komunikasi sebagai bahan letupan di selatan Lubnan.

Sementara, tentera Israel menyatakan sekitar 60 roket telah ditembak ke dalam wilayah Israel.

Selasa lalu, 21 orang terkorban manakala lebih 3,000 orang cedera selepas alat kelui yang digunakan meletup secara tiba-tiba dan serentak selepas ia didakwa digodam oleh Israel.- AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.