AS kutuk serangan maut di Sydney

WASHINGTON, 15 Disember – Amerika Syarikat (AS) mengutuk serangan pengganas yang mengorbankan lebih 12 orang di Sydney, Australia.

Menerusi catatan di X, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio pada Ahad menzahirkan doa kepada mangsa dan rakyat Australia.

“Antisemitisme tiada tempat di dunia ini. Doa kami bersama mangsa serangan ngeri ini, komuniti Yahudi, dan rakyat Australia,” katanya.

Jabatan Negara AS kemudian memaklumkan bahawa Rubio mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Australia, Penny Wong, bagi membincangkan serangan pengganas di Pantai Bondi, Sydney.

Presiden AS, Donald Trump, turut menyentuh mengenai insiden tembakan itu secara ringkas di White House dan menyifatkannya sebagai satu serangan dahsyat. -AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.