Kategori
Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Kadar tol kekal beri kelegaan kepada rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 27 Disember – Keputusan kerajaan mengekalkan kadar tol di semua lebuh raya bagi tahun 2026 dilihat mampu memberi kelegaan kepada rakyat dalam berdepan tekanan kos sara hidup, khususnya melibatkan penduduk bandar dan pengguna lebuh raya harian. Langkah itu juga sejajar dengan usaha kerajaan mengekang kesan inflasi serta memastikan perbelanjaan isi rumah kekal terkawal terutama […]

[TEST] Perlis berjaya kumpul lebih 600 pek darah menerusi derma berkala
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
  • Program Mai Derma Darah 'Be A Hero' berjaya mengumpul 610 pek darah melebihi sasaran 500 pek.
  • Inisiatif bertujuan menambah stok Hospital Tuanku Fauziah untuk kecemasan, pembedahan kritikal dan pesakit kronik.
  • Program berterusan sejak 2023, diselaraskan UMNO Bahagian Kangar dengan sasaran 800 pek pada 2026 dan ganjaran kupon untuk penderma awal.
FELCRA umum dividen 15 peratus kepada KPFB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – FELCRA Berhad mengumumkan kadar dividen berasaskan operasi sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan 2025 kepada Koperasi Peserta FELCRA (KPR). Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agihan tersebut bakal memberi manfaat kepada 154 KPR yang bernaung bawah Kumpulan Koperasi Peserta-Peserta […]

Rombakan kabinet beri peluang kepada pemimpin muda
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 17 Disember – Rombakan kabinet bertujuan menyuntik pembaharuan dengan memberi penekanan kepada pemimpin muda, di samping memastikan kestabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik terdiri daripada kepimpinan generasi kedua dan ketiga, dengan kebanyakannya berusia lingkungan 30-an dan 40-an, malah ada yang […]

Penduduk terjejas banjir di Pahang melonjak lebih 7,000 orang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUANTAN, 17 Disember – Penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat malam ini susulan hujan berterusan yang melanda negeri itu. Setakat pukul 11 malam 7, 677 penduduk dipindahkan ke 64 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negeri. Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu meningkat berbanding 5,900 orang pada pukul 8 malam tadi. […]

PM tegur pandangan pertikai bantuan Malaysia kepada Gaza
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 17 Disember – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pandangan sesetengah pihak yang mempertikaikan bantuan Malaysia kepada Gaza dengan menyifatkan kritikan seumpama itu bersifat tiada nilai kemanusiaan. Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam tempoh dua hingga tiga tahun, Malaysia menyalurkan kira-kira RM100 juta bagi bantuan kemanusiaan di Gaza walaupun inisiatif […]

Usaha ringan kos sara hidup rakyat antara fokus utama kerajaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 17 Disember – Usaha meringankan kos sara hidup rakyat menjadi antara hala tuju utama kerajaan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata langkah itu termasuk memastikan subsidi dan bantuan tunai bersasar serta meningkatkan gaji minimum agar rakyat tidak terbeban dengan kenaikan kos harian. “Kos sara hidup memang betul kita kata […]

Polis musnahkan bom lama di Pendang
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ALOR SETAR, 17 Disember – Polis Kedah berjaya memusnahkan sebutir bom lama yang ditemukan di Jalan Langgar di sini semalam. Polis Kedah dalam kenyataan memaklumkan, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Pemusnah Bom yang diketuai oleh ASP Salimi Ishak telah melaksanakan tindakan Pemusnahan ‘Unexploded Ordnance’ ke atas sebutir objek yang telah ditemukan orang awam itu. […]

Thailand-Kemboja setuju hadir mesyuarat Menteri Luar ASEAN di KL minggu depan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PUTRAJAYA, 17 Disember – Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 22 Disember ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata inisiatif yang diusahakan oleh Malaysia dan ASEAN itu bertujuan mengendurkan ketegangan serta mengelakkan sebarang peningkatan konflik di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja. Menurut Datuk […]

Peranan rakan industri, media jayakan agenda kebajikan pelajar – UniMAP
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menzahirkan penghargaan kepada rakan industri dan media atas sokongan berterusan dalam menjayakan agenda kebajikan pelajar menerusi penganjuran Majlis Apresiasi Kasih UniMAP. Majlis berkenaan menjadi platform pengiktirafan terhadap komitmen rakan strategik universiti yang sentiasa bersama UniMAP dalam memastikan kebajikan pelajar terus terpelihara, sekali gus menyokong pembangunan pendidikan […]

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini disokong oleh peningkatan di pasaran niaga hadapan getah serantau serta kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga. Katanya niaga hadapan getah Jepun meningkat dipacu pengukuhan harga minyak mentah dan unjuran terhadap bekalan yang semakin terhad. Sentimen pasaran turut dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap […]

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot kepada RM32.90 bilion daripada RM34.42 bilion pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM21.20 bilion daripada RM20.70 bilion. Terdahulu, […]

JC3 lancar panduan pembiayaan mampan, peralihan untuk sektor perbankan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember– Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3) melancarkan Panduan Pembiayaan Mampan dan Peralihan (STFG) sebagai garis panduan praktikal kepada bank dalam menyediakan pembiayaan yang lestari dan mampan. Panduan itu turut menyediakan alat penilaian bagi membantu bank menilai kemajuan peralihan pelanggan secara konsisten, sekali gus menyokong aliran modal ke arah aktiviti ekonomi rendah […]

Lantikan Menteri Ekonomi, MITI beri isyarat positif kepada pasaran
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rombakan Kabinet melibatkan pengisian portfolio Menteri Ekonomi serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dilihat memberi kesan positif terhadap sentimen pasaran dan keyakinan pelabur. Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini berikutan pelantikan tersebut melibatkan tokoh berpengalaman yang mempunyai kefahaman mendalam mengenai tadbir urus, […]

Perodua Traz dijangka pacu industri automotif tempatan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PETALING JAYA, 17 Disember -Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) terbaharu, Perodua Traz, yang dijangka merancakkan perkembangan industri automotif tempatan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pengenalan model itu bukan sahaja mengukuhkan rantaian bekalan industri automotif tempatan , malah turut meningkatkan sumbangan ekonomi syarikat kepada […]

Pelantikan Datuk Seri Johari perkukuh kelangsungan agenda eksport negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) optimis kepimpinan baharu Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), terus memperkukuh agenda eksport negara seiring keutamaan pembangunan ekonomi Malaysia. Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keyakinan itu didorong pengalaman luas Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan […]

Rombakan kabinet peluang perkasa Ekonomi MADANI, kejayaan RMK13 jadi penentu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Rombakan kabinet khususnya melibatkan empat portfolio utama yang menjadi tunjang hala tuju ekonomi Malaysia, membuka peluang penting memperkasa Ekonomi MADANI serta memperkukuh pelaksanaan dasar. Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta), Datuk William Ng berpandangan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bermula 2026, menjadi penanda aras yang kritikal. “Kejayaan […]

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi hambar pasaran serantau
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street. Bagaimanapun, sentimen domestik yang kukuh mungkin memberi sokongan kemudian dalam sesi dagangan ini. Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.35 mata atau […]

Ringgit mengukuh kepada paras 4.07 berbanding dolar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Ringgi mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan dibuka pada Rabu, mengekalkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 4.07, prestasi tertinggi dalam tempoh hampir lima tahun, dipacu sentimen domestik dan luaran yang lebih baik. Pada 8.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0765/0935 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 ketika ditutup semalam. […]

Laporan Pelan Tindakan Komprehensif Aerotrain KLIA diumum Januari 2026 – MAHB
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Laporan berkaitan Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi sistem Aerotrain KLIA dijadualkan diumumkan pada pertengahan Januari 2026. Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan CAP Tahap 1 dan Tahap 2 yang merangkumi pemeriksaan menyeluruh, kerja-kerja pembetulan serta ujian simulasi, telah berjaya diselesaikan. Pada masa ini, kerja-kerja pengesahan dan […]

Bersalah perdaya wanita beri sumbangan, dua lelaki didenda
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 17 Disember – Dua individu didenda RM4,000 setiap seorang setelah mengaku bersalah menyalahgunakan jawatan bagi memperdaya seorang wanita untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM800, tahun lalu. Tertuduh, Azizi Ahamad dan Syaharizul Sahar, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh seorang Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung […]

Pengasuh dipenjara lima tahun dera kanak-kanak hingga patah tulang paha
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Seorang pengasuh dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Kajang selepas didapati bersalah mendera seorang kanak-kanak lelaki dengan menendang paha kanan mangsa hingga patah, dua tahun lepas. Hakim Mazuliana Abdul Rashid menjatuhkan hukuman itu semalam terhadap Nurdiana Lanonming, 47, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir […]

Kakitangan APM dituduh salah guna jawatan luluskan bayaran syarikat isteri
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KANGAR, 17 Disember – Seorang Penolong Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di sini, selepas didakwa atas pertuduhan salah guna jawatan bagi mendapatkan sogokan buat isterinya. Pertuduhan dibuat dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan jawatannya bagi meluluskan baucar bayaran atas nama syarikat […]

Rampasan RM82 juta bukti keupayaan AKPS tahun ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Nilai rampasan hampir RM82.1 juta sepanjang tahun 2025 berjaya direkodkan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sekali gus membuktikan keupayaan awal agensi baharu itu dalam membanteras jenayah di pintu masuk negara, meskipun masih berdepan pelbagai cabaran struktur dan sumber manusia. Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia […]

Penipuan e-pembelian di Pulau Pinang meningkat, belia dan dewasa paling mudah terpedaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 17 Disember – Kes penipuan pembelian dalam talian di Pulau Pinang terus menunjukkan peningkatan ketara apabila sebanyak 725 kes direkodkan sepanjang tahun ini sehingga 7 Disember lepas, dengan jumlah kerugian mencecah RM6.4 juta. Jumlah itu meningkat berbanding 476 kes yang direkodkan pada tahun 2024. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat […]

Kes tembakan Durian Tunggal: Polis Melaka bidas kenyataan peguam, serah siasatan kepada Bukit Aman
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

AYER KEROH, 17 Disember – Polis Melaka membidas kenyataan Peguam Rajesh Nagarahan mengenai rekod jenayah teman wanita penjenayah yang ditembak di Durian Tunggal, Melaka, adalah tidak relevan dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan kes tersebut. Ketua Polisnya, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kenyataan itu seolah-olah meragui kesahihan fakta yang telah disampaikan pihak polis. “Kenyataan ini dibuat susulan […]

Datuk maut ditikam cucu, ibu parah dalam kejadian di Kuala Ketil
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BALING, 17 Disember -Seorang warga emas maut ditikam cucu sementara ibu mangsa parah akibat ditetak dalam kejadian di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil , Kedah semalam. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe dalam kenyataan berkata, Balai Polis Malau menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian itu membabitkan dua individu lebih kurang pukul 7.00 […]

Kes tembakan Durian Tunggal diklasifikasi semula di bawah seksyen 302
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 16 Disember – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kertas siasatan berhubung insiden tembakan yang melibatkan tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dan taklimat berkaitan telah diberikan hari ini. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata hasil penelitian Jabatan Peguam Negara mendapati terdapat asas kukuh untuk […]

705 kenderaan mewah disita sejak Ops Luxury dilancarkan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 16 Disember – Sebanyak 705 kenderaan mewah disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sejak Ops Luxury dilancarkan pada 1 Julai lalu, termasuk 77 kenderaan dalam Ops Luxury Bilangan 4 yang bermula pada 12 Disember lalu. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi ini adalah usaha berterusan penguatkuasaan JPJ terhadap […]

Dua individu ditahan atas kesalahan dadah di Matang Jaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUCHING, 16 Disember– Polis Sarawak menahan dua individu atas kesalahan berkaitan dadah dalam satu serbuan di Matang Jaya, awal pagi tadi. Polis turut merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM13,789. Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata serbuan dijalankan pada pukul 3.10 pagi di hadapan sebuah premis kedai […]

Tragedi Tebing Barat: Penduduk Palestin kembali ambil barangan sebelum rumah diruntuhkan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

NUR SHAMS, 17 Disember – Puluhan penduduk dari kem pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang telah dikosongkan kembali pada Rabu untuk mengambil barangan mereka sebelum tentera Israel meruntuhkan 25 bangunan kediaman di kem itu. Awal tahun ini, tentera Israel melancarkan operasi berterusan dengan alasan memerangi kumpulan bersenjata Palestin di kem-kem utara Tebing Barat, termasuk […]

RSF musnah bukti kekejaman beramai-ramai di El-Fasher, Sudan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PORT SUDAN, 17 Disember – Pasukan Sokongan Pantas (RSF) Sudan didapati telah memusnahkan dan menyembunyikan bukti pembunuhan beramai-ramai selepas menawan bandar El-Fasher di Darfur Utara, menurut laporan terbaru Makmal Penyelidikan Kemanusiaan Universiti Yale (Humanitarian Research Lab, HRL), Universiti Yale. Menggunakan imej satelit, HRL mendapati bahawa RSF memusnahkan bukti pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan semasa pengambilalihan mereka […]

EU perluas cukai karbon, sasar mesin basuh import dan barangan logam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BRUSSELS, 17 Disember – Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk memperluaskan levi alam sekitar ke atas barangan import, termasuk mesin basuh dan alat ganti kereta, bagi memastikan syarikat asing membayar kos karbon yang setara dengan pengeluar EU. Dikenali sebagai Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (Carbon Border Adjustment Mechanism, CBAM), cukai tersebut pada masa ini menyasarkan barangan berintensiti […]

Pentadbiran Trump rancang bubarkan pusat penyelidikan iklim terkemuka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 17 Disember – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, merancang untuk membubarkan salah satu pusat penyelidikan iklim terkemuka dunia atas alasan kebimbangan terhadap apa yang digelar sebagai “alarmisme iklim”, walaupun berdepan bantahan terhadap rancangan itu. Pusat Kebangsaan Penyelidikan Atmosfera (NCAR), yang ditubuhkan pada 1960 sebagai hab penyelidikan dan pendidikan di Boulder, Colorado, akan dipecahkan, […]

Serangan dron Rusia rosakkan 25 rumah, sebuah pusat perubatan di Kramatorsk
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KRAMATORSK, 17 Disember – Sekurang-kurangnya 25 rumah persendirian dan sebuah pusat perubatan rosak selepas kawasan perumahan di Kramatorsk menjadi sasaran serangan dron Rusia pada awal pagi Rabu. Datuk Bandar Kramatorsk, Oleksandr Honcharenko berkata, serangan tersebut berlaku antara jam 10.22 malam hingga 10.43 malam, membabitkan tiga dron jenis Geran-2. Menurut beliau, dron berkenaan menyasarkan sebuah kawasan […]

Jepun kekal terbuka untuk dialog dengan China – PM Takaichi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 17 Disember – Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, menegaskan bahawa negaranya sentiasa terbuka untuk berdialog dengan China walaupun hubungan diplomatik kedua-dua negara tegang susulan kenyataannya mengenai Taiwan. Menurut Takaichi, China merupakan jiran penting kepada Jepun dan hubungan yang konstruktif serta stabil perlu terus dibina demi kepentingan bersama. “Jepun sentiasa terbuka untuk dialog dengan China. […]

Pheu Thai namakan anak saudara Thaksin sebagai calon PM
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 17 Disember – Parti Pheu Thai mempertaruhkan seorang lagi ahli keluarga Shinawatra yang tidak mempunyai pengalaman politik sebagai calon perdana menteri dalam usaha kebangkitan semula di persada politik Thailand. Yodchanan Wongsawat, 46, merupakan anak saudara kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra dan anak kepada Somchai Wongsawat. Beliau diperkenalkan pada Selasa sebagai calon utama Pheu […]

Filipina nafi negara itu dijadikan pusat latihan pengganas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MANILA, 17 Disember – Kerajaan Filipina pada Rabu menegaskan tiada bukti bahawa negara itu digunakan sebagai pusat latihan pengganas. Ia susulan pendedahan bahawa dua individu di sebalik serangan tembakan di Bondi Beach, Australia, telah menghabiskan bulan November di sebuah pulau di selatan negara itu. Jurucakap presiden Filipina, Claire Castro, berkata Presiden Ferdinand Marcos Jr. menolak […]

Klasifikasi semula ganja, tidak jadikan ia sah sepenuhnya di AS
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

WASHINGTON, 17 Disember – Cadangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengklasifikasikan semula ganja sebagai dadah kurang berbahaya, mendapat perhatian pakar undang-undang. Profesor Undang-Undang Universiti Vanderbilt, Robert Mikos, menegaskan langkah itu tidak akan menjadikan ganja sah sepenuhnya di peringkat persekutuan. Menurut beliau, pengklasifikasian semula ganja tidak akan banyak mengurangkan percanggahan antara undang-undang negeri dan […]

New South Wales pinda RUU Senjata Api
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

SYDNEY, 17 Disember – Parlimen New South Wales (NSW) akan bersidang semula pada 22 dan 23 Disember ini untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan senjata api dan perhimpunan awam, susulan serangan tembakan di Bondi Beach, baru-baru ini. Menurut Premier, Chris Minns, serangan bersenjata pada Ahad lalu (14 Disember), menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan ekstremisme keganasan di […]

Jelajah Dunia BWF: Aaron-Wooi Yik menang aksi pertama
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membuka tirai kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan cemerlang selepas menewaskan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Fajar Alfian dalam saingan Kumpulan B di Hangzhou, China hari ini. Pasangan di ranking kedua dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk melakar kemenangan […]

Alcaraz berpisah dengan jurulatih Ferrero selepas tujuh tahun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MADRID, 17 Disember – Juara tenis dunia, Carlos Alcaraz mengumumkan perpisahan dengan jurulatihnya, Juan Carlos Ferrero, menamatkan kerjasama yang telah membawanya meraih enam gelaran Grand Slam dan kedudukan nombor satu dunia. Ferrero mula membimbing Alcaraz ketika pemain muda itu berusia 15 tahun, membantu beliau meraih beberapa gelaran ATP Tour sebelum menjadi pemain dominan di semua permukaan Grand […]

Sukan SEA 2025: Kontinjen negara tambah deretan pingat emas hari ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Kontinjen Malaysia teruskan menceriakan kempen di Sukan SEA Thailand hari ini apabila menambah deretan pingat emas menerusi pelbagai sukan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara dalam carta pungutan pingat. Kem silat menyumbang dua emas menerusi Muhammad Izzul Irfan dalam Kelas D Putra selepas bantahan rasmi kem negara diterima juri, menyaksikan keputusan […]

Sukan SEA: Skuad MLBB wanita negara cipta sejarah rangkul emas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

BANGKOK, 17 Disember – Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan itu selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini. Pasukan kebangsaan yang dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim […]

Semua pihak perlu terima keputusan FIFA dengan hati terbuka
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Semua pihak perlu menerima keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membatalkan keputusan perlawanan membabitkan tiga aksi persahabatan antarabangsa pasukan Harimau Malaya dengan hati terbuka. Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berpandangan fokus utama kini wajar diberikan kepada usaha membina semula bola sepak negara khususnya di peringkat akar umbi. “Keputusan sudah dibuat […]

World Tour Finals: An, Yamaguchi dan Wang mara ke pusingan seterusnya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

HANGZHOU, 17 Disember – Pemain nombor satu Korea Selatan, An Se-young, mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan wakil Indonesia, Putri Kusuma Wardani, 21-16, 8-21, 21-8 dalam perlawanan sengit di World Tour Finals hari ini. An yang merupakan juara Olimpik , mengawal permainan pada set pertama sebelum tewas pada set kedua, namun bangkit kembali untuk menamatkan […]

Pulau Pinang sedia galas tanggungjawab salah satu hos utama Sukan SEA 2027
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 17 Disember – Pulau Pinang kini bersedia menggalas tanggungjawab sebagai salah satu hos utama Sukan SEA 2027. Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, Daniel Gooi Zi Sen berkata sebagai simbolik peralihan penganjuran daripada Thailand kepada Malaysia, satu majlis khas akan diadakan di PDC Waterfront Foodie, Batu Maung pada Sabtu ini. Majlis yang […]

Kepimpinan baharu KBS, isyarat transformasi pembangunan sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

GEORGE TOWN, 17 Disember– Kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini memasuki fasa baharu dengan pelantikan Dr. Mohammed Taufiq Johari bersama timbalannya, Mordi Bimol. Menerusi tinjauan di Pulau Pinang, gandingan itu disifatkan sebagai ‘signal’ transformasi realistik bagi pembangunan bakat serta persediaan rapi menghadapi temasya Sukan SEA 2027. Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi […]

MommyHana Safee Sali Superkids Cup 2025 fokus pembangunan bola sepak akar umbi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 17 Disember – Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali meneruskan komitmennya dalam pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penganjuran MommyHana Safee Sali Superkids Cup 2025 yang dijadual berlangsung pada 27 Disember ini di Stadium MPAJ, Pandan Perdana. Kejohanan edisi pertama tersebut dianjurkan dengan konsep karnival keluarga dan menjadi platform kepada kanak-kanak untuk belajar, bersaing […]

Paul, Joshua bakal berentap pada pertarungan heavyweight kontroversi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

MIAMI, 17 Disember – Petinju sensasi media sosial, Jake Paul dan bekas juara dunia heavyweight dua kali, Anthony Joshua mengadakan sesi latihan terbuka di Miami hari ini sebagai persiapan menjelang pertembungan kontroversi yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini. Perlawanan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati tinju dunia, dengan sebahagian pihak mempersoalkan jurang pengalaman […]

Musim kelima Emily in Paris janjikan kelainan, berlatar Rom
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

PARIS, 16 Disember – Peminat siri popular Netflix, Emily in Paris, bakal disajikan dengan kelainan dalam Musim 5 yang akan membawa kisah percintaan dan cabaran kerjaya watak utama ke Itali, khususnya Rom, kata barisan pelakon siri itu pada Isnin. Pelakon utama, Lily Collins, menjadi tumpuan utama pada tayangan perdana karpet merah yang berlangsung di Paris. […]

Pentas Barbarik live @ Odeon KL gegarkan peminat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 14 Disember -Kumpulan rock Barbarik kembali menggegarkan pentas menerusi Pentas Barbarik Live @ Odeon KL semalam, apabila ribuan peminat setia, Rejim Barbarik, membanjiri dewan seawal pukul 5.00 petang semalam. Walaupun pembukaan konsert tertangguh akibat kehadiran luar jangkaan, suasana dalam Odeon KL bertukar gamat sebaik Barbarik yang dibarisi Muss, Jo Branko, Rozaimi dan Ainol […]

DOLLA raikan iDOLLAs dalam ‘fan meet’ eksklusif penuh emosi di Sunway Pyramid
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]

Jeremy O. Harris dibebaskan selepas tiga minggu ditahan di Jepun
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]

Odeon KL bangkit sebagai hab seni, muzik dan budaya
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]

Konsert ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’, bawa misi kemanusiaan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]

Legenda Cik Siti Wan Kembang diangkat dalam teater muzikal berskala besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]

Soloz: Game of Life tembusi pasaran Thailand, bakal tayang di 80 pawagam
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]

Tayangan ‘Childhood Dream’ tonjol persahabatan tiga bangsa di TV2, malam ini
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]

Pindaan Akta FINAS sokong pertumbuhan industri kreatif negara
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]

Inisiatif baharu berkaitan cukai bantu rakyat miliki lebihan tunai
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]

Cadangan Bank Dunia apung harga petrol, perlu “berpijak di bumi nyata”
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI: Kemakmuran dipacu, kesejahteraan rakyat diperkasa
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]

Agenda besar menuntut jiwa besar
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]

Politik Sabah: Dinamik, mengejutkan dan sarat isyarat baharu
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]

Bah Undi 2025: Pesta demokrasi, 74 calon bertanding atas tiket bebas
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]

Tiga tahun Kerajaan MADANI terus perkukuh manfaat untuk rakyat
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]

cth ulasan berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]

Tuntutan hasil Sabah, rakyat diutamakan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]

Malaysia mendunia!
Ringkasan berita ini dijana oleh AI

ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]

Iklan/Banner

Kategori

Nasional
Ekonomi
Jenayah
Dunia
Sukan
Hiburan
Ulasan Berita & Kolumnis
Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.