- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KOTA BHARU, 12 Disember -Anggota tentera, yang terkorban dalam nahas membabitkan trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Bukit Belah, Machang, semalam, selamat dikebumikan pada 3.30 petang tadi. Jenazah Sarjan Fahmey Darus, 39 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Nibong, Padang Kala, Kota Bharu mengikut istiadat ketenteraan. Allahyarham […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SUNGKAI, 12 Disember -Kerajaan menegaskan tiada pembukaan hutan baharu sebagai tujuan perladangan, bagi memastikan ekosistem negara terus terpelihara. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu penting kerana hutan merupakan habitat utama spesies dilindungi seperti harimau, ungka dan tapir. Beliau menjelaskan kerajaan kini memberi tumpuan kepada penanaman semula ladang sedia ada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BACHOK, 12 Disember – Malaysia tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan dan tindakan pelucutan taraf warganegara boleh diambil jika terdapat bukti individu memegang kewarganegaraan negara lain. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pihaknya tidak mempunyai pangkalan data yang menunjukkan individu yang memegang dua kewarganegaraan, namun tindakan boleh diambil sekiranya pihak mereka menerima aduan lengkap […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LANGKAWI, 12 Disember -Sebarang tuntutan yang menjurus kepada sensitiviti agama, bangsa dan kaum, perlu mengambil kira kedudukan bahasa kebangsaan dalam perlembagaan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai pemimpin prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan bahasa Melayu akan terus didukung dan dipertahankan. “Kebelakangan ini ada suara pelbagai tuntutan soal bahasa, ada […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Semua agensi berkaitan diarah bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook menegaskan, projek itu perlu menjadi model baharu pelaksanaan pembangunan negara yang lebih cekap, tersusun serta berintegriti. Dalam melaksanakan pembangunan tersebut, Perdana Menteri turut mengingatkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BACHOK, 12 Disember – Sebanyak 43,656 permohonan MyKad melalui Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) diproses sepanjang tahun ini. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pihaknya komited untuk membantu rakyat yang layak mendapatkan pengenalan diri dan hak kewarganegaraan melalui pelbagai inisiatif, termasuk melalui Program MEKAR. Tegas beliau, masyarakat perlu lebih peka tentang kepentingan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
IPOH, 12 Disember – Pelaksanaan pemindahan pengurusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan program Matrikulasi daripada Kementerian Pendidikan (KPM) ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan menjejaskan proses pembelajaran pelajar yang terlibat. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, perkara yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke13 (RMK13) itu memerlukan penelitian mendalam sebelum ia dapat […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan Ahad yang dijangka berlaku hingga Selasa depan. Menurut amaran tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1 tengah hari tadi, hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak bermula esok hingga 16 Dis melibatkan […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUANTAN, 12 Disember – Kerajaan Negeri Pahang memerlukan RM3 bilion bagi menukar paip usang yang menjadi punca utama hilang air secara fizikal. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, negeri itu mempunyai jajaran paip sepanjang 15,423 kilometer dengan 23 peratus daripadanya paip simen asbestos (AC) yang usang. “Hajat kami di peringkat kerajaan negeri […]
- Nasional
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BUKIT BERUANG, 12 Disember – Kempen Internet Selamat (KIS) di Melaka akan diperluas tahun hadapan bagi memastikan setiap pelajar dan warga pendidik menerima pendedahan menyeluruh mengenai keselamatan dalam talian. Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan, berkata penambahbaikan itu dirumus susulan pelaksanaan kempen berkenaan sepanjang tahun ini. “Kita sedar pelibatan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember -Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.30 bilion berbanding RM38.06 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi, manakala kecairan dalam dana Islam menyusut kepada RM25.10 bilion daripada […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 12 Disember – Jualan Perdagangan Borong dan Runcit negara terus menunjukkan prestasi kukuh apabila mencatat RM160.9 bilion pada Oktober 2025, meningkat 7.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin, berkata pertumbuhan itu disokong prestasi positif semua subsektor, termasuk perdagangan borong yang […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Langkah kerajaan mempercepatkan bayaran balik cukai berjumlah RM4 bilion dijangka memberi kelegaan ketara kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Mohd Azamanizam Baharon berkata pemulangan kredit cukai tersebut akan membantu melancarkan aliran tunai khususnya bagi usahawan kecil untuk menampung komitmen bulanan. “Langkah […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Berjaya Air Sdn Bhd, syarikat penerbangan di bawah Berjaya Land Bhd, akan menerima dua pesawat baharu ATR 72-600 pada tahun hadapan, melibatkan pelaburan berjumlah AS$56 juta. Pengurus Besar Berjaya Air, Mohd Amri Mohd Akib, berkata penambahan pesawat itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memperkaya pengalaman perjalanan dengan menawarkan produk yang menggabungkan […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 12 Disember – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memeterai Nota Kerjasama strategik dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memperkukuh pelaksanaan caruman mandatori pekerja bukan warganegara, selaras dengan Belanjawan 2025. Kerjasama itu membolehkan integrasi sistem antara KWSP dengan Imigresen, sekali gus memudahkan pengesahan status pekerja melalui perkongsian data Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), Pas […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.06 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam berjumlah RM26.52 bilion. BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik berjumlah RM1.0 bilion […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street. Pada jam 9.08 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat sebanyak 0.21 mata kepada 1,625.60 walaupun susut seketika ke paras 1,622.56 sebelumnya, berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.39. Sentimen pasaran […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas. Pada pukul 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1000/1100 berbanding dolar AS daripada 4.1040/1105, […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) membuat langkah berani dengan memotong kadar faedah […]
- Ekonomi
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Malaysia mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam usaha membanteras dan memerangi aktiviti pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan dan pembiayaan percambahan. Ini dibuktikan menerusi status ‘Regular Follow-Up’, kategori tertinggi dalam proses penilaian bersama oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), badan bebas antara kerajaan yang menetapkan piawaian global bagi pencegahan jenayah kewangan. Penilaian itu […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 12 Disember – Mahkamah Persekutuan memberi tempoh seminggu kepada pihak pendakwaan untuk menilai semula sama ada mahu meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim berkata, pihak pendakwaan perlu membuat keputusan jelas dan memaklumkan kepada mahkamah dalam tempoh tersebut. […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JEMPOL, 12 Disember -Seorang lelaki kerugian RM69,900 selepas terpedaya dengan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata, peniga kedai makan berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki tidak dikenali pada 9.30 pagi semalam. Beliau berkata mangsa diberitahu nombor telefonnya […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 12 Disember – 1,478 karton arak berjaya dirampas dipercayai tidak bercukai dalam satu serbuan di Taman Bukit Indah, di sini, pada Selasa lepas. Pegawai Batalion Lima Pasukan Gerakan AM (PGA) Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman berkata, tiga lelaki berumur 18 hingga 39 tahun, turut ditahan, dipercayai terlibat dengan sindiket. Turut dirampas, dua buah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PONTIAN, 12 Disember – Sebanyak RM30.5 juta kerugian direkodkan dalam 458 kes penipuan dan jenayah komersial yang dilaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dari Januari hingga November lalu. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 juta daripada 312 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu. […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SEBERANG JAYA, 12 Disember – Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya empat hari lalu di sebuah pangsapuri di Jalan Tuna, Seberang Jaya tampil ke balai polis berhampiran untuk memaklumkan kejadian itu pada pukul 11.30 tengah hari, Khamis. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Helmi Aris berkata, suspek berusia 28 tahun itu hadir sendiri ke balai polis dan […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 17 pertuduhan pengubahan wang haram, setelah berpuas hati bahawa tiada prospek kejayaan sekiranya rayuan diteruskan di Mahkamah Rayuan. Dalam satu kenyataan, AGC memaklumkan jabatan itu telah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 31 pendatang tanpa izin termasuk tiga wanita dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Masjid Jamek, di sini, malam tadi. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata Op Kutip yang bermula pada 7.20 malam melibatkan 25 pegawai melakukan pemeriksaan di sekitar stesen Transit Aliran […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember -Pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar menemukan janin bayi dalam sebuah lori sampah di kawasan Bukit Jalil, Cheras di sini, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan penemuan itu pada 12.51 tengah hari. “Lelaki itu memaklumkan pekerjanya menemukan janin bayi semasa memunggah […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LABUAN, 11 Disember -Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Labuan menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dalam tiga operasi berasingan yang dijalankan malam tadi. Operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada OP Gegar dan OP Sapu, hasil maklumat serta risikan yang telah dijalankan oleh pasukan penguat kuasa. Pengarah JIM Labuan, Raymond Entalai berkata, dalam pemeriksaan tersebut, seramai […]
- Jenayah
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
JOHOR BAHRU, 11 Disember – Dua warga Filipina mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Johor Bahru, atas pertuduhan memiliki kad pengenalan palsu di Johor Bahru, pada Isnin lalu. Janida Daimun, 53 tahun, dan Nuraina Asmawil, 33 tahun, memuat pengakuan itu dihadapan Majistret A. Shaarmini. Mengikut pertuduhan, Janida yang bekerja sebagai pencuci bangunan, didakwa dengan pengetahuan dan […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANTEAY MEANCHEY, 12 Disember – Keluarga-keluarga yang tinggal di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand kini hidup dalam ketidaktentuan selepas ketegangan rentas sempadan yang tercetus secara mendadak memaksa puluhan ribu penduduk melarikan diri dari rumah mereka. Selepas beberapa bulan keadaan reda sejak pertempuran pertama meletus pada musim panas lalu, konflik dilaporkan kembali memuncak sejak Ahad petang, dengan kedua-dua […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember – Operasi menyelamatkan mangsa banjir telah dijalankan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat pada Khamis di negeri Washington, selepas hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari menyebabkan banjir teruk. Rakaman video yang dikeluarkan oleh Pengawal Pantai menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan helikopter untuk menyelamatkan dua orang yang terperangkap di dalam rumah yang hampir tenggelam. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
LOS ANGELES, 12 Disember – Permainan video indie dari Perancis, Clair Obscur: Expedition 33, mencuri perhatian di The Game Awards selepas sahaja dinobatkan sebagai Permainan Terbaik, tetapi turut meraih beberapa anugerah utama lain, termasuk Pengarahan Terbaik, Penceritaan Terbaik, Tata Seni Terbaik, Muzik Terbaik, Persembahan Terbaik, Permainan Indie Terbaik, Debut Permainan Indie Terbaik dan RPG Terbaik. […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AOMORI, 12 Disember -Jepun menarik balik amaran tsunami beberapa jam selepas gempa bumi 6.7 magnitud melanda wilayah timur laut negara itu pagi tadi. Agensi Meteorologi Jepun (JMA) pada awalnya mengeluarkan amaran berikutan jangkaan gelombang setinggi satu meter. Ia susulan gempa yang berlaku pada 11.44 pagi di luar pesisir Aomori pada kedalaman 20 kilometer. Tinjauan di […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 12 Disember -Perdana Menteri sementara Thailand, Anutin Charnvirakul mengesahkan, beliau akan mengadakan perbualan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, malam ini berhubung pertempuran berterusan di sempadan Thailand–Kemboja. Anutin memaklumkan, sesi itu dijadual berlangsung sekitar 9.20 malam waktu tempatan. Beliau berkata, sebelum perbualan itu, beliau akan mendapatkan laporan terkini di ibu pejabat tentera Thailand. “Saya […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AOMORI, 12 Disember -Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan wilayah timur laut Jepun pada pagi Jumaat. Rakaman kamera litar tertutup dari empat bandar, Aomori, Hachinohe, Morioka dan Urakawa menunjukkan gegaran kuat ketika kejadian. Gempa itu berlaku pada kira-kira 11.44 pagi (waktu tempatan), di luar pesisir wilayah Aomori pada kedalaman 20 kilometer. Gegaran ini berlaku hanya […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MEXICO CITY, 12 Disember -Senat Mexico meluluskan kenaikan tarif import sehingga 50 peratus ke atas barangan dari China dan beberapa negara Asia lain bermula 2026. Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata, ia antara usaha bagi melindungi industri tempatan dan pekerjaan. “Langkah itu merangkumi tarif baharu atau lebih tinggi bagi kenderaan, alat ganti, tekstil, pakaian, plastik, keluli […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
AHMEDABAD, 12 Disember -Enam bulan selepas pesawat Air India terhempas di kawasan perumahan Ahmedabad, keluarga mangsa masih berdepan trauma dan kehilangan yang mendalam. Mangsa, Akash Patni, 12 tahun, maut di lokasi kejadian apabila serpihan pesawat menimpanya yang ketika itu berada berhampiran gerai teh. Bapanya, Suresh Patni, 48 tahun, berkata, mereka tidak sempat berbuat apa-apa ketika […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SURIN, 12 Disember -Penduduk Thailand yang dipindahkan akibat konflik di sempadan Thailand–Kemboja semakin hilang keyakinan terhadap kerajaan. Mereka terkesan susulan pengumuman Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, yang membubarkan Parlimen semalam. Di pusat pemindahan sementara, seorang penduduk, Somrai Roongrueng, 73 tahun, melahirkan kegusaran terhadap ketiadaan arahan jelas daripada kerajaan. “Sekarang tiada siapa yang membuat keputusan sepatutnya Perdana […]
- Dunia
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
WASHINGTON, 12 Disember -Gabenor Washington, Bob Ferguson, mengisytiharkan darurat negeri susulan banjir besar yang memaksa puluhan ribu penduduk berpindah. Ferguson berkata kerajaan negeri sedang menunggu kelulusan segera pihak persekutuan bagi mengukuhkan operasi bantuan. “Kerajaan negeri telah melakukan segala usaha untuk meyakinkan pihak persekutuan supaya meluluskan pengisytiharan darurat dengan segera,” katanya. Hujan lebat sejak beberapa hari […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 12 Disember – Jaguh baling tukul besi negara, Grace Wong Xiu Mei melakar sejarah baharu apabila meraih pingat emas dan memecahkan rekod temasya sebanyak empat kali pada Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Suphachalasai, hari ini. Atlet berusia 25 tahun dari Sarawak itu memulakan saingan dengan lontaran sejauh 63.34 meter (m), sekali gus memadam […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SYDNEY, 12 Disember – Bengkel W.J. Sanders di Sydney kini giat menyiapkan kira-kira 150 trofi bagi edisi Australian Open 2026, termasuk dua trofi paling berprestij iaitu Trofi Norman Brookes dan Trofi Daphne Akhurst. Seramai 10 tukang perak terlibat dalam proses pembuatan trofi yang bermula sebelum kejohanan 2025, kata Pengurus Besar, Darren May. “Apabila para juara […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 12 Disember – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan pihaknya memandang serius isu melibatkan penarikan diri atlet pecut muda negara, Danish Irfan Tamrin, daripada skuad 4×100 meter kebangsaan. Susulan itu, beliau mengarahkan Majlis Sukan Negara (MSN) mendapatkan laporan penuh daripada Olahraga Malaysia (MA) bagi memastikan siasatan dijalankan segera dan menyeluruh. “Jika siasatan mendapati […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
PUTRAJAYA, 12 Disember – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperuntukkan RM100 juta bagi tiga dana sukan utama di bawah Belanjawan 2026, kata Menterinya, Hannah Yeoh. Daripada jumlah itu, RM50 juta disalurkan melalui Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN), manakala RM30 juta diperuntukkan untuk Geran Padanan Sukan (GPS). Sementara itu, RM20 juta lagi diagihkan melalui Dana […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 12 Disember – Skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan kempen Sukan SEA Thailand 2025 dengan bergaya selepas membelasah Myanmar 21-1 pada aksi pertama Kumpulan A di Universiti Sukan Kebangsaan di Chonburi, hari ini. Pada pertembungan itu, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul pemain paling menyerlah apabila menyumbat tujuh gol termasuk dua jaringan pukulan sudut penalti. […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
BANGKOK, 12 Disember – Jaguh lontar tukul besi wanita negara, Grace Wong Xiu Mei, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ratu tukul besi Asia Tenggara apabila tampil dengan aksi luar biasa untuk merangkul pingat emas di Sukan SEA 2025, mencatatkan jarak lontaran 65.41 meter. Bukan sekadar mengungguli pertandingan, atlet kelahiran Sarawak itu turut melakar sejarah apabila lontaran […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 11 Disember – Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yakin skuad negara berpotensi memenangi enam pingat emas apabila Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027, hasil pelaksanaan program pendedahan intensif yang dijalankan merangkumi skuad lelaki dan wanita di pelbagai peringkat usia termasuk Bawah 18 Tahun (B-18). Presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal berkata sasaran enam […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
MADRID, 12 Disember – Pasukan wanita kebangsaan Sepanyol mengekalkan kedudukan nombor satu dalam ranking FIFA bagi Disember selepas memenangi UEFA Women’s Nations League. Manakala Amerika Syarikat (AS) kekal di semakin menghampiri di kedudukan kedua berikutan dua kemenangan persahabatan ke atas Itali pada akhir November. Pasukan Jerman melonjak dua anak tangga ke kedudukan ketiga selepas tewas […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
Los Angeles, 12 Disember – Football Supporters Europe (FSE) menggesa FIFA untuk segera menghentikan penjualan tiket Piala Dunia 2026, sambil menuduh badan induk bola sepak dunia itu mengenakan harga terlampau mahal berbanding edisi 2022. Dalam kenyataan pada Khamis,FSE berkata harga tiket yang diperuntukkan kepada Participating Member Associations (PMA) lazimnya dijual melalui kelab penyokong rasmi telah […]
- Sukan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KAHERAH, 12 Disember – Mohamed Salah bakal meninggalkan suasana tegang di Liverpool buat sementara apabila beliau menyertai skuad kebangsaan Mesir ke Maghribi minggu depan bagi menghadapi Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), susulan ketegangan terbaharunya dengan pengurus The Reds, Arne Slot. Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, mengesahkan kehadiran Salah dalam senarai 28 pemain yang diumumkan pada Khamis. Kejohanan […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 12 Disember – Kumpulan wanita popular DOLLA kembali bertemu para peminat melalui acara DOLLA Exclusive Fan Meet yang berlangsung pada 6 Disember lalu di LG1 Pyramid Concourse, Sunway Pyramid. Pertemuan tertutup itu diadakan sebagai penghargaan terhadap kesetiaan iDOLLAs yang terus menyokong kumpulan tersebut sepanjang perjalanan seni mereka. Acara bermula pada pukul 3.00 petang […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
TOKYO, 10 Disember – Penulis drama dan pelakon ‘Emily in Paris’ dari Amerika Syarikat, Jeremy O. Harris, dibebaskan tiga minggu selepas penahanannya di Jepun atas dakwaan penyeludupan dadah, sementara pihak pendakwa masih menjalankan siasatan, menurut polis pada Rabu. Jepun mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dan pemilikan dadah haram boleh mengakibatkan hukuman […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 5 Disember – Odeon KL, antara panggung wayang tertua dan paling ikonik di Malaysia sejak 1936, kini melalui transformasi besar apabila dijenamakan semula sebagai pusat seni persembahan profesional di tengah ibu kota. Rockstation Event & Entertainment membawa visi untuk mengangkat Odeon KL sebagai hab acara merangkumi dewan konsert, ruang aktiviti, seni persembahan serta […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 4 Disember – Ratu Rock negara, Ella, mencetus sensasi apabila mengumumkan penganjuran konsert mega terbaharunya bertajuk Majlis Tertinggi Rockqueen, yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Konsert berskala besar anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu menandakan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni legenda rock tanah air tersebut. […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama Persatuan Alumni ASWARA bakal mementaskan Teater Muzikal Paduka Cik Siti pada 19 hingga 21 Disember ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya. Muzikal ini mengangkat kisah Cik Siti Wan Kembang, raja wanita Melayu yang terkenal dengan keberanian dan kebijaksanaannya dalam […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Soloz: Game of Life, filem terbitan Key Billions Sdn. Bhd, melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam negara itu bermula esok. Penerbitnya Rahila Ali berkata usaha untuk membawa filem berkenaan memasuki pasaran Thailand bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan negara berkenaan terkenal cukup […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 3 Disember – Sebuah kelainan bakal menghiasi slot RTM TV2 malam ini, menerusi tayangan Childhood Dream. Naskhah itu menampilkan seorang pelakon Melayu yang berlakon hampir 90 peratus dalam bahasa Mandarin merupakan sesuatu yang jarang dilihat dalam industri tempatan. Pelakon, Nur Atikah Nadhirah Ahmad Ikram berkata, kemampuan bertutur dalam bahasa tersebut sejak kecil menjadi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) 1981 (Akta 244) bertujuan memastikan perbadanan itu terus relevan selaras dengan perubahan pesat dan perkembangan teknologi dalam penerbitan kandungan. Dalam sesi taklimat khas Rang Undang-Undang (RUU) FINAS (Pindaan) 2025, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata pindaan tersebut merangkumi […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, 2 Disember – Teruja dapat kembali ke Malaysia, penyanyi bersuara emas dari Indonesia Andmesh Kamaleng bakal menghangatkan pentas tempatan menerusi konsert ‘ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati’ yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena di sini, 14 Feb depan. Andmesh berkata Malaysia sentiasa menjadi lokasi istimewa dalam karier seninya berikutan sokongan kuat […]
- Hiburan
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
SHAH ALAM, 30 November – Selangor bakal memperkenalkan tarikan ekopelancongan dan edutainment terbaharu menerusi pembangunan Magika Studios di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim, berkata Magika Studios menawarkan pengalaman unik berbanding taman tema konvensional kerana menampilkan gabungan zon terbuka dan ruang tertutup bagi menjamin pengalaman berbeza […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pengumuman Kerajaan MADANI mengenai dua inisiatif penting berkaitan cukai memberi kelegaan kepada rakyat, khususnya kepada peniaga kecil dan pembayar cukai secara keseluruhan. Ia turut disambut baik oleh semua pihak, termasuk Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA). Pengumuman pertama, iaitu menaikkan peruntukan bayaran balik cukai daripada RM2 bilion kepada RM4 bilion bertujuan mempercepat […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Ketika Bank Dunia mencadangkan harga petrol diapungkan mengikut pasaran, kerajaan membuat keputusan menolak saranan tersebut dan menegaskan subsidi bersasar lebih relevan pada masa ini. Ia memberi mesej jelas, keutamaan kerajaan pada ketika ini ialah realiti rakyat, bukan teori global. Sejarah harga minyak dunia turut menjadi peringatan. Pada 2022 harga minyak mentah pernah melepasi […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2025, genap tiga tahun usia Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempoh setahun dua, mungkin terlalu awal untuk kita menilai berjaya atau gagal sebuah kerajaan. Namun kini selepas tiga tahun, tiada siapa boleh menafikan. Kerajaan MADANI terbukti berjaya dengan cemerlang dalam membangun dan memakmurkan negara, serta […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Rakyat Sabah mahukan kestabilan. Rakyat Sabah mahukan hala tuju jelas. Rakyat Sabah mahukan pembangunan yang tidak tergendala dek kerana perbalahan. Berbeza pandangan itu lumrah. Berbeza agenda itu biasa. Namun, keutamaan bersama lebih besar daripada perbalahan politik yang kecil. Agenda lebih besar menanti Sabah, dan agenda yang besar menuntut jiwa yang besar. Titik ‘gencatan […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sekali lagi membuktikan bahawa politik Sabah sentiasa penuh warna dan tidak pernah statik. Keputusan kali ini membawa banyak kejutan daripada gelombang pengundi baharu, perubahan pola sokongan, hinggalah kebangkitan calon bebas yang semakin berpengaruh. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan paling dominan. GRS menang 29 kerusi, Warisan pula […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pesta demokrasi Sabah kini kembali. Seramai 596 calon bertanding melibatkan 24 parti politik bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan (DUN) Sabah. Menariknya, dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-17 ini juga, 74 calon bertanding atas tiket bebas. Pesta demokrasi kali ini turut dimeriahkan dengan penampilan calon termuda, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin berusia 24-tahun […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA 24 November 2022, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Sekali gus, membuka lembaran baharu pembentukan Kerajaan Perpaduan yang membawa gagasan Malaysia MADANI. Isnin ini, genap tiga tahun umurnya. Dalam tempoh itu, kerajaan berdepan pelbagai cabaran termasuk kos sara hidup rakyat, ketidaktentuan ekonomi global, serta kedudukan fiskal negara yang […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
KUALA LUMPUR, November 1 – The ASEAN 2025 chairmanship has successfully opened up new economic opportunities and strengthened Malaysia’s position as a regional investment and tourism destination. According to International Relations Political Analyst, Mohamad Shafiq Sahruddin, the increase in economic activity in border states such as Kelantan and Kedah clearly shows the benefits of regional diplomacy […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 semakin hampir. Esok, proses penamaan calon bakal berlangsung. Ketika ini, semua mata terarah ke Negeri di Bawah Bayu. Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah amat menarik perhatian. Hangat dibahaskan di peringkat rakyat jelata mahu pun dalam sidang Parlimen. Pada 17 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu […]
- Ulasan Berita
Ringkasan berita ini dijana oleh AI
ULASAN BERITA KHAS ASEAN SIRI 8 “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Bermaksud, teruskan berusaha dengan tabah dan sabar walau menghadapi kesusahan hingga mencapai kejayaan. Pepatah Melayu ini menggambarkan nilai ketekunan, kesabaran dan usaha tanpa pernah putus asa. Kejayaan tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin dan semangat juang yang […]
Iklan/Banner